Blogger Templates

Friday, 4 April 2014


Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pendidikan Islam Hadith Tahun 3
Mata Pelajaran             : Pendidikan Islam (Hadith)
Kelas                             : 3 Jannah
Tarikh                            : 3 Safar 1435 H / 6 Disember 2013
Masa                             : 8.30-9.00 pagi
Bilangan Murid              : 20 orang.
Tajuk                       : Mengasihi orang yang lebih muda dan menghormati    orang yang lebih tua.

Standard Kandungan    : 2.2 Membaca, memahami, mengamal dan menghayati hadith mengasihi orang yang lebih muda dan menghormati orang yang lebih tua.
Standard Pembelajaran  : 2.2.4 Menyatakan faedah mengasihi orang yang lebih muda dan menghormati orang yang lebih tua.
                                             : 2.2.5 Menyatakan akibat mengasihi orang yang lebih muda dan menghormati orang yang lebih tua.
                                             : 2.2.6 Menyatakan pengajaran-pengajaran daripada hadith.

Hasil Pembelajaran        : Di akhir pembelajaran murid dapat:
1)    Menyenaraikan 3 faedah menghormati orang yang lebih tua.
2)    Menyatakan 2 pengajaran yang dapat dipelajari daripada hadith.
KBKK                                 : Membanding beza, mengkategorikan.

Pengetahuan Sedia ada : Murid telah mempelajari bab adab menghormati orang
                                            yang lebih tua.   
Gabung Jalin                 : Lakonan (seni)
Penyerapan                   : Akhlak
Penerapan nilai              : Menghormati, penyayang
Bahan Bantu Mengajar  : LCD, Kad Gambar.
Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Cadangan Pengalaman
Pembelajaran
Catatan/Bahan bantu mengajar
Pendahuluan

3 minit

Bacaan doa:
"اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزاءن رحمتك يا ارحم الراحمين".
Mengucap 2 kalimah syahadah

Guru dan murid membaca doa beramai-ramai sebelum memulakan pembelajaran.

Fasa Persediaan
Set induksi

5 minit
Soal jawab
1.Apakah perbezaan yang dapat kamu lihat pada ustazah pada hari ini?

2. Adakah kamu pernah menolong ibu bapa kamu di rumah?
Guru menunjukkan video menghormati orang yang lebih tua.
1 .Murid masing-masing sedang berfikir.
2.Murid memberi pelbagai jawapan.
3.Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.

1.Bahan maujud










Fasa Imaginasi


10 minit
1.Guru menayangkan hadith

2. Guru membaca hadith dan membimbing murid untuk membaca bersama-sama dengan guru.
3.Guru meminta murid membaca maksud hadith berdasarkan paparan yang ditayangkan.
3.Guru menerangkan maksud hadith.




1.Murid melihat tayangan.
2.Murid membaca bersama-sama dengan guru.
3.Seorang murid membaca terjemahan hadith.
3.Murid mendengar penerangan maksud hadith.


Kaedah: penerangan
BBM: LCD







Fasa Perkembangan

15 minit

Cara menghormati orang yang lebih tua:-
1.Memberi dan menjawab salam
2.Bersopan santun dalam tindakan
3.Bermanis muka




4.Menggunakan bahasa dan suara yang lembut
5.Memohon maaf jika melakukan kesalahan
 

6. Membantu orang yang ditimpa kesusahan

Faedah Menghormati :
1.    Ramai kawan
2.    Masyarakat memandang tinggi
3.    Disayangi orang.
4.    Mendapat kasih sayang Nabi Muhammad s.a.w
Akibat mengabaikan :
1.    Sukar mendapat kawan
2.    Masyarakat memandang rendah.
3.    Dibenci orang
4.    Nabi Muhammad tidak mengaku umat.
1.Guru memanggil 3 orang murid ke hadapan untuk melakonkan cara-cara menghormati orang yang lebih tua.

2.Murid-murid lain diminta memberi pandangan atas perlakuan tersebut.

3. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai faedah-faedah menghormati.













Kaedah:
Demontrasi

Kaedah: penerangan dan sumbang saran.

Guru membantu murid membezakan faedah-faedah dan akibat tidak menghormati
Fasa Penilaian

( 20 minit )
Pengajaran daripada hadis.
1.Kasih sayang ialah amalan yang mulia.
2. Kita wajib menghormati orang yang lebih tua.
3.Islam melarang perbuatan mendera dan membuli.

4. Lembaran Kerja:






1.    Guru menulis pengajaran hadis di papan tulis.
2.    Murid membaca pengajaran secara beramai-ramai.
3.    Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan.
4.    Murid diberi lembaran kerja.
5.    Murid mendengar arahan guru tentang cara membuat lembaran kerja dan memberi masa kepada murid untuk menyiapkan lembaran kerja.

6.    Murid menyiapkan lembaran kerja mengikut kumpulan masing-masing.

7.    Guru membincangkan jawapan murid dan memberi ulasan tentang kerja murid.
Nilai murni: Tekun, berusaha, fokus dan bersungguh-sungguh.



Amalan Berterusan


Penutup
7 Minit )
1.Guru mengulang kembali pengajaran dan pembelajaran yang diajar pada hari ini.
2.Guru memberi kata-kata motivasi dan nasihat supaya beramal dengan amalan yang mulia.

3. Guru menayangkan video lagu nasyid untuk penutup.
1. Guru membuat kuiz secara ringkas dan memanggil murid secara sukarela untuk menyebut faedah,akibat dan pengajaran hadis.
2. Guru memberi pengukuhan dan hadiah kepada murid yang dapat menjawab soalan yang betul.
3.Murid-murid mencuba menjawab soalan walaupun salah.

Nilai murni: Rajin dan berani.

Kaedah kuiz.
  


Elemen: muzik dan pergerakan.





Penutup sosial


video untuk set induksi

1 comment: