Blogger Templates

Wednesday, 26 March 2014

video suku kata terbuka tertutup


Rancangan Pengajaran Harian (Suku Kata Terbuka dan Tertutup) Tahun 2


Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Jawi Tahun 2

Butiran am
Tarikh                               : 23/03/2014

Hari                                  : Isnin

Masa                               : 8.00 pagi – 9.00 pagi  (60 minit)

Tahun                              : 2 Cemerlang

Bilangan murid               : 20 orang

Mata pelajaran               : Pendidikan Islam

Bidang                            : Pemulihan jawi

Tajuk                               : Suku kata terbuka/tertutup

Hasil pembelajaran       : Di akhir pembelajaran ini murid dapat:

                                          1.  Menyebut 3 suku kata terbuka dan tertutup.
                                          2. Mengeja 2 daripada 3 suku kata terbuka dan tertutup dengan betul.
                                          3. Menulis 2 daripada 3 suku kata terbuka dan tertutup dengan betul.

Pengetahuan sedia ada     :  Murid pernah menyebut suku kata terbuka dan tertutup

Gabung jalin                         : Adab dan Akhlak

Penyerapan                         : Sejarah

Penerapan nilai                   : Sabar, tabah dan bertanggungjawab

Kemahiran berfikir              : Murid dapat membezakan suku kata terbuka dan  tertutup

Bahan sumber                     : Komputer, Smart Lorry, LCD, slaid, speaker.







Langkah/
masa
Isi kandungan
Aktiviti P&P

Pendahuluan
(2 minit)

Salam dan doa:
اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين

-   Guru memberi salam dan murid menjawab salam.

- Murid membaca doa secara kelas.
 fasa persediaan

Set induksi

Analisis

-    Murid diperlihatkan dengan video pada tayangan menggunakan komputer.


-   Apa yang kamu perhatikan daripada video tersebut?

-Murid melihat persembahan guru menggunakan video pendek.

-Guru bersoal jawab dengan murid.

-Murid menjawab soalan yang diberikan guru.

-Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.

-         
 Fasa Imaginasi

Langkah 1

(13 minit)







Sintesis

- Suka kata terbuka mempunyai huruf vokal iaitu ا,و,ي


Suku kata tertutup tidak mempunya huruf vokal di akhirnya.

tertutup
چڠ
چيڠ
چوڠ

تڠ
تيڠ

توڠ

هڠ
هيڠ
هوڠ

Terbuka

جا – جي – جو
تا – تي – تو
ها – هي – هو

-       Guru memaparkan carta suku kata terbuka/tertutup pada slaid yang disediakan


Guru meminta murid menyebut dan mengeja suku kata terbuka dan tertutup dengan bimbingan guru

-    Murid akan  menyebut secara kumpulan dan kelas.
Fasa Perkembangan

Langkah 2

(20 minit)

Potongan kad suku kata terbuka/tertutup :
·       Ba+ju= baju
·       Bu+ku= buku
·       Su+su= susu
·       Ta-ngan= tangan
·       Ker+tas=kertas
·       Ka+til=katil

- Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil

- Seorang wakil murid dari setiap kumpulan akan mencabut 2 sampul yang pelbagai warna di bahagian kepala lori

- Kemudian mereka akan berbincang di dalam kumpulan.

- Seterusnya seorang wakil murid dari setiap kumpulan akan mencari potongan suku kata di bahagian badan lori dan membentuk perkataan di dalam kumpulan masing-masing.

- Setelah siap membentuk perkataan, murid akan melekatkannya di papan hitam

- Guru akan menyemak jawapan murid.

- Murid akan membaca perkataan-perkataan yang telah dilekatkan di hadapan kelas secara beramai-ramai.
 Fasa Penilaian

Langkah 3

(20 minit)

Lembaran Kerja:
-memadankan suku kata terbuka-terbuka, tertutup-tertutup dan menjadikan satu perkataan.

-Guru mengedarkan helaian lembaran kerja kepada setiap murid.

-Guru membimbing murid memadankan memadankan suku kata terbuka-terbuka, tertutup-tertutup dan menjadikan satu perkataan.
 Amalan Berterusan

Penutup

(5 minit)

- Suku kata terbuka/tertutup :
·       Ba+ju= baju
·       Bu+ku= buku
·       Su+su= susu
·       Ta-ngan= tangan
·       Ker+tas=kertas
·       Ka+til=katil


- Murid menyebut semula suku kata terbuka-terbuka, tertutup-tertutup dan menjadikan  ia satu perkataan secara kelas.















Suku kata tertutup dan terbuka








Tuesday, 25 March 2014

Selamat Datang ke Blog Kami




Assalamualaikum...selamat datang ke blog kami. Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan ahli yang membina blog ini iaitu ( Hazliyana, Sazana, Norhameza, Zuraidah dan Yuhana) . Kami merupakan pelajar praktikal j-QAF IPG Kampus Perlis. Diharapkan anda semua boleh mengambil manfaat dari blog kami. segala ilmu kita dapat berkongsi bersama. Ahli blog kami:
 USTAZAH NORHAMEZA

USTAZAH HAZLIYANA

USTAZAH SAZANA

USTAZAH ZURAIDAH

USTAZAH YUHANA